Wednesday, February 25, 2009

PPSMI

Saya terpanggil untuk meluahkan pendapat saya berhubung isu yang secara tiba-tiba kembali mendapat tentangan hebat dari pihak tertentu setelah 5 tahun dilaksanakan. Saya tidak berniat untuk memihak pada mana-mana pihak yang berkepentingan, tapi saya hanya ingin menyuarakan suara sebagai seorang pelajar yang tidak sempat mengikuti program PPSMI. Pada hemat saya elok kiranya persengketaan ini diselesaikan dengan mendengar sendiri pendapat para pelajar. Ini kerana para pelajar yang akan berdepan dengan segala kesulitan melalui sistem pembelajaran yang dilaksanalan dan bukannya para NGO atau pihak parti politik. Para pelajar yang saya maksudkan disini bukanlah terdiri daripada pelajar sekolah menegah atau rendah tetapi pelajar Universiti, Ini kerana bagi pelajar sekolah mungkin mereka tidak terdedah mengapa pentingnya untuk menguasai matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Saya bercakap mengikut pengalaman saya sendiri dimana di peringkat matrikulasi dan Unervisiti saya terpaksa belajar mata pelajaran yang berhubung kait dengan matematik dan sains dalam bahasa inggeris dan mengalami sedikit kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan istilah-istilah dalam mata pelajaran tersebut. Saya akui masalah ini tidaklah terlalu berat tetapi jika difikir secra logiknya apa gunannya menggunakan istilah-istialh tersebut dalam bahasa melayu bertahun- tahun dan akhirnya di peringkat yang lebih tinggi kita menggantikannya dengan istilah bahasa inggeris. Apa salahnya jika kita menggunakan bahasa inggeris dari peringkat awal lagi. Sesetengah pihak mempertikaikan PPSMI kerana ia akan menghakis atau menidakkan kedudukan bahasa melayu yang merupakan bahasa ibunda kita. Saya sarankan pihak terbabit buka buku teks sains dan matematik peringkat sekolah rendah dan menengah yang dalam bahasa melayu dan baca sendiri. Seingat saya keindahan bahasa melayu tidak terdapat dalam buku teks tersebut dimana ianya hanya menekankan mengenai sains bukannya keunikan bahasa melayu. Jadi bagi saya tidak timbul isu PPSMI akan memudaratkan bahasa melayu. Jika pihak ini bersungguh-sungguh ingin memmartabatkan bahasa melayu, mungkin mereka perlu meluangkan masa mereka untuk mengkaji dan mengkritik kaedah pembelajaran bahasa melayu di sekolah kerana mata pelajaran melayu yang menjadi penentu kesinambungan keagungan bahasa melayu bukannya matematik mahupun sains. Ini mungkin hanya pandangan peribadi saya, mungkin bagi mahasiswa lain mempunyai pendapat berbeza, jadi elok kiranya pihak terbabit membuat kajian tentang perkara ini mengikut buah fikiran kami dan bukannya pihak-pihak NGO atau pemidiato-pemidiato politik.

1 comment:

The Revolution said...

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Isu PPSMI ini tidak bolehlah kita politikkan...
Isu ini amat penting dalam menentukan masa depan dan kredibiliti serta keupayaan pelajar selepas tamat persekolahan...

Saya cukup setuju dan sokong 100% hujah dan pendapat penulis dalam isu PPSMI ini...
Saya yang merupakan batch pertama yang menjalani PPSMI ini dan juga batch pertama yang menduduki SPM dengan PPSMI ini...
Saya dapt rasakan bahawa PPSMI ini amat membantu apabila saya meneruskan pelajaran di tahap yang lebih tinggi lagi...

Kerajaan, politician, NGO dan pihak2 lain perlulah mempertimbangkan isu ini dari semua aspek...
Janganlah kita lihat kewujudan PPSMI ini hanya pada satu aspek sahaja tetapi perlu dianalisa sehingga mencakupi dan merangkumi segala aspek...

Jangan kerana kepentingan peibadi, anak-anak kita tergadai masa depannya...
Jangan kerana kecetekan ilmu, pewaris negara ketinggalan jauh...
Jangan kerana berbeza pendapat, anak bangsa mundur di masa hadapan...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...