Wednesday, February 25, 2009

PPSMI

Saya terpanggil untuk meluahkan pendapat saya berhubung isu yang secara tiba-tiba kembali mendapat tentangan hebat dari pihak tertentu setelah 5 tahun dilaksanakan. Saya tidak berniat untuk memihak pada mana-mana pihak yang berkepentingan, tapi saya hanya ingin menyuarakan suara sebagai seorang pelajar yang tidak sempat mengikuti program PPSMI. Pada hemat saya elok kiranya persengketaan ini diselesaikan dengan mendengar sendiri pendapat para pelajar. Ini kerana para pelajar yang akan berdepan dengan segala kesulitan melalui sistem pembelajaran yang dilaksanalan dan bukannya para NGO atau pihak parti politik. Para pelajar yang saya maksudkan disini bukanlah terdiri daripada pelajar sekolah menegah atau rendah tetapi pelajar Universiti, Ini kerana bagi pelajar sekolah mungkin mereka tidak terdedah mengapa pentingnya untuk menguasai matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Saya bercakap mengikut pengalaman saya sendiri dimana di peringkat matrikulasi dan Unervisiti saya terpaksa belajar mata pelajaran yang berhubung kait dengan matematik dan sains dalam bahasa inggeris dan mengalami sedikit kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan istilah-istilah dalam mata pelajaran tersebut. Saya akui masalah ini tidaklah terlalu berat tetapi jika difikir secra logiknya apa gunannya menggunakan istilah-istialh tersebut dalam bahasa melayu bertahun- tahun dan akhirnya di peringkat yang lebih tinggi kita menggantikannya dengan istilah bahasa inggeris. Apa salahnya jika kita menggunakan bahasa inggeris dari peringkat awal lagi. Sesetengah pihak mempertikaikan PPSMI kerana ia akan menghakis atau menidakkan kedudukan bahasa melayu yang merupakan bahasa ibunda kita. Saya sarankan pihak terbabit buka buku teks sains dan matematik peringkat sekolah rendah dan menengah yang dalam bahasa melayu dan baca sendiri. Seingat saya keindahan bahasa melayu tidak terdapat dalam buku teks tersebut dimana ianya hanya menekankan mengenai sains bukannya keunikan bahasa melayu. Jadi bagi saya tidak timbul isu PPSMI akan memudaratkan bahasa melayu. Jika pihak ini bersungguh-sungguh ingin memmartabatkan bahasa melayu, mungkin mereka perlu meluangkan masa mereka untuk mengkaji dan mengkritik kaedah pembelajaran bahasa melayu di sekolah kerana mata pelajaran melayu yang menjadi penentu kesinambungan keagungan bahasa melayu bukannya matematik mahupun sains. Ini mungkin hanya pandangan peribadi saya, mungkin bagi mahasiswa lain mempunyai pendapat berbeza, jadi elok kiranya pihak terbabit membuat kajian tentang perkara ini mengikut buah fikiran kami dan bukannya pihak-pihak NGO atau pemidiato-pemidiato politik.