Wednesday, February 25, 2009

PPSMI

Saya terpanggil untuk meluahkan pendapat saya berhubung isu yang secara tiba-tiba kembali mendapat tentangan hebat dari pihak tertentu setelah 5 tahun dilaksanakan. Saya tidak berniat untuk memihak pada mana-mana pihak yang berkepentingan, tapi saya hanya ingin menyuarakan suara sebagai seorang pelajar yang tidak sempat mengikuti program PPSMI. Pada hemat saya elok kiranya persengketaan ini diselesaikan dengan mendengar sendiri pendapat para pelajar. Ini kerana para pelajar yang akan berdepan dengan segala kesulitan melalui sistem pembelajaran yang dilaksanalan dan bukannya para NGO atau pihak parti politik. Para pelajar yang saya maksudkan disini bukanlah terdiri daripada pelajar sekolah menegah atau rendah tetapi pelajar Universiti, Ini kerana bagi pelajar sekolah mungkin mereka tidak terdedah mengapa pentingnya untuk menguasai matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Saya bercakap mengikut pengalaman saya sendiri dimana di peringkat matrikulasi dan Unervisiti saya terpaksa belajar mata pelajaran yang berhubung kait dengan matematik dan sains dalam bahasa inggeris dan mengalami sedikit kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan istilah-istilah dalam mata pelajaran tersebut. Saya akui masalah ini tidaklah terlalu berat tetapi jika difikir secra logiknya apa gunannya menggunakan istilah-istialh tersebut dalam bahasa melayu bertahun- tahun dan akhirnya di peringkat yang lebih tinggi kita menggantikannya dengan istilah bahasa inggeris. Apa salahnya jika kita menggunakan bahasa inggeris dari peringkat awal lagi. Sesetengah pihak mempertikaikan PPSMI kerana ia akan menghakis atau menidakkan kedudukan bahasa melayu yang merupakan bahasa ibunda kita. Saya sarankan pihak terbabit buka buku teks sains dan matematik peringkat sekolah rendah dan menengah yang dalam bahasa melayu dan baca sendiri. Seingat saya keindahan bahasa melayu tidak terdapat dalam buku teks tersebut dimana ianya hanya menekankan mengenai sains bukannya keunikan bahasa melayu. Jadi bagi saya tidak timbul isu PPSMI akan memudaratkan bahasa melayu. Jika pihak ini bersungguh-sungguh ingin memmartabatkan bahasa melayu, mungkin mereka perlu meluangkan masa mereka untuk mengkaji dan mengkritik kaedah pembelajaran bahasa melayu di sekolah kerana mata pelajaran melayu yang menjadi penentu kesinambungan keagungan bahasa melayu bukannya matematik mahupun sains. Ini mungkin hanya pandangan peribadi saya, mungkin bagi mahasiswa lain mempunyai pendapat berbeza, jadi elok kiranya pihak terbabit membuat kajian tentang perkara ini mengikut buah fikiran kami dan bukannya pihak-pihak NGO atau pemidiato-pemidiato politik.

Thursday, December 4, 2008

'new blogger in town'...........satu sekolah kebangsaan?

assalamualaikum.....syukur alhamdulillah finally i can have my own blog to expelled out all my opinion based on what is happening in malaysia specifically and what is happening in the world generally.i hope after this i can make a good use of this blog to share my opinion especially in politics[well i loved politics btw] and about its scenario nowdays that have been tremendously change.

1)sebagai mukadimah, saya tertarik untuk memberikan pandangan saya berhubung cadangan dari mukhriz mahathir berkenaan cadangannya untuk menubuhkan
satu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar.dalam akhbar utama hari ini, pemimpin kerajaan masing-masing mengeluarkan pendapat yang berbeza.pemimpin melayu menyatakan pandangan yang berhati-hati dan berlapik manakala pemimpin bukan melayu secara tegas dan jelas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, hujah mereka ia akan menjejaskan nilai-nilai budaya kaum tertentu yang dapat diterapkan melalui sekolah jenis kebangsaan.saya tidak pasti tentang budaya yang dimaksudkan,tapi saya amat pasti bahawa sekolah yang berjenis-jenis ini telah berjaya menerapkan nilai-nilai perkauman yang kuat.
kenapa?

2) kekangan bahasa: saya merupakan pelajar universiti dimana pelajar terdiri dari pelbagai kaum dan buat masa sekarang fakulti saya tidak ada domoinasi kaum,seperti biasa masalah pergaulan diantara kaum ini masih menjadi isu di mana-mana U. apa yang boleh saya simpulkan dari pemerhatian saya, pelajar bukan melayu yang fasih berbicara dalam bahasa melayu lebih mudah untuk bergaul dan bagi pelajar yang perlu berfikir terlebih dahulu untuk mengeluarkan ayat-ayat melayu amat susah untuk bergaul.

3)saya teringat akan satu peristiwa di mana ada rakan saya berbangsa china bertanyakan saya apakah panggilan yang sesuai untuk saya,sama ada kamu atau awak.kerana dalam bahasa china kamu bermaksud kau manakala melayunya lebih sopan menggunakan awak.ini mungkin dilihat sebagai masalah kecil, akan tetapi inilah yang menjadi halangan utama untuk menggalakkan pergaulan antara kaum,logiknya macam mana kita mahu bergaul sedangkan untuk menegur pun perlu berfikir gelaran apa yang patut digunakan.banyak lagi peristiwa lain yang menggambarkan situasi berkenaan.

4)keadaan ini sebenarnya bukan salah pelajar tersebut tetapi ia adalah hasil daripada sistem yang salah dimana melalui sistem tersebut pelajar sesuatu kaum hanya berada dalam kumpulan masing-masing dan semestinya mereka akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing di sekolah . sistem tersebut membuatkan pelajar-pelajar tersebut lupa bahawa bahasa melayu adalah bahasa utama yang harus dikuasai dan akhirnya di peringkat universiti mereka mengalami masalah untuk berkomunikasi.saya tidak menafikan hak kaum-kaum tertentu untuk mempelajari bahasa-bahasa ibunda mereka tetapi amatlah penting dulu untuk menguasai bahasa melayu kerana kita berwarganegarakan malaysia dan kita telah mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara jadi apakah logik untuk tidak menguasai bahasa melayu?


5)pada pandangan saya juga, kaum lain tidak seharusnya mempunyai pegangan di mana mereka perlu mengekalkan bahasa ibunda mereka untuk mempertahankannya.ini kerana sebagai rakyat malaysia kita terima yang bahasa ibunda kita ialah bahasa melayu bukan lagi bahasa setiap kaum.saya akui dan bersetuju bahawa penting untuk mengekalkan bahasa setiap kaum tetapi ianya bukan untuk mempertahankan bahasa ibunda meraka tetapi untuk memulihara keunikan malaysia sebgai negara yang berbilang kaum dan untuk kepentingan semasa[saya kira pandangan saya akan dilihat sebagai pandangan yang berbau perkauman oleh pihak tertentu.its alright as long as i know who i am]. dan pada hemat saya juga amatlah baik sekiranya pelajar melayu juga diberi peluang untuk mempelajari bahasa-bahasa kaum lain di sekolah, perkara ini saya kira tidak mustahil jika mereka bergaul dari bangku sekolah melalaui sistem satu sekolah kebangsaan.